Ahad, 7 April 2013

KATA ALUAN....



Selamat Datang ke Laman Blog UNIT KONTRAK DAN UKUR BAHAN,
Cawangan Pendidikan Dan Pengajian Tinggi 


Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana berkat keizinannya laman blog Unit Kontrak Dan Ukur Bahan dapat diwujudkan. Laman blog ini merupakan salah satu wadah dalam menyebarkan maklumat terkini mengenai prosidur berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran kontrak.


Dalam usaha membangunkan blog ini, tidak dinafikan terdapat kekurangan di sana sini yang pihak kami ambil perhatian untuk usaha penambahbaikkan. Komen serta cadangan pihak tuan/puan amat berguna untuk kami memperbaiki dan memantapkan lagi blog ini. semoga komen serta sumbangan buah fikiran tuan/puan akan mencerminkan kerjasama erat kita dalam usaha memanfaatkan teknologi ini.


Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit menyediakan laman blog ini. Saya percaya laman ini akan menjadi panduan serta rujukan yang penting dan berguna kepada semua.

Terima kasih...

KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN
UNIT KONTRAK DAN UKUR BAHAN
CPPT






1 ulasan:

  1. tahniah diucapkan di atas pelancaran blog UKUB CPPT!

    BalasPadam