Rabu, 29 Januari 2014

Perkongsian Ilmu - SOALAN LAZIM PENTADBIRAN KONTRAK

UKUB telah 'google' website ini untuk dapatkan info berkaitan Pentadbiran Kontrak.. Harap maklumat ini dapat memberi ilmu kepada semua.. 

Salam 1 Malaysia.. 

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2014

kepada kakitangan UKUB iaitu Mr Lee Seng Soon 
dan warga Malaysia yang meraikan perayaan ini..





Rabu, 8 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Masa lalu adalah kenangan… 
Masa kini adalah kenyataan… 
Masa depan adalah harapan… 


Selamat Tahun Baru 2014… 

Jumaat, 6 September 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Hari ini genap 30 Syawal 1434, maka berakhirlah bulan Syawal untuk tahun ini... Namun kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa di sana sini..

Sebagai kenang-kenangan blog ini memaparkan sebahagian gambar Unit Kontrak Dan Ukur Bahan, CPPT dengan kerjasama Warga Tingkat 13 mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos 2013... Terima kasih kepada semua yang terlibat..










BERTEMU DAN BERPISAH....

Bertemu dan berpisahan adat manusia biasa...

Unit Kontrak Dan Ukur Bahan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah berjasa kepada unit ini khasnya dan CPPT amnya.. Semoga perpindahan ke Cawangan lain akan memberi semangat yang lebih baik untuk mempertingkatkan mutu kerja dan bertemu dengan rakan yang baru untuk berkongsi pengalaman.. Untuk yang bersara, jangan lupa warga UKUB di sini... 

Terima kasih Pn. Mazlah Abd Ghani, Sr Asnan Jonit, Pn. Norshaniza, Cik Nurul Ashikin, Pn. Fatkhiyah Masbah dan En Kamarol Amri....

Selamat Datang kepada Pn. Norazizah Modiran, Pn. Nur Eliza dan En. Huzairi ke Unit Kontrak Dan Ukur Bahan... Semoga kedatangan kalian memberi inspirasi kepada kami untuk memotivasikan diri... 




Ahad, 1 September 2013

SURAT ARAHAN KPKR Bil. 2/2013

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH 
KUMPULAN IKRAM SDN. BHD. KEPADA KERAJAAN 
SELEPAS TAMAT TEMPOH PERJANJIAN KONSESI

Merujuk kepada Surat Arahan KPKR Bil. 2/2013 bertarikh 10 Januari 2013, Perjanjian Konsesi dengan IKRAM telah tamat pada 31 Disember 2011 bagi kerja-kerja penyiasatan tanah (SI), kajian kegagalan cerun dan struktur, perkhidmatan perunding, penyelidikan, latihan dan lain-lain khidmat sokongan dalam bidang kejuruteraan awam. Sehubungan dengan itu, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa sebarang perolehan perkhidmatan yang dahulunya ditawarkan oleh IKRAM hendaklah dilaksanakan mengikut kaedah tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa. 

Bersama-sama ini dikepilkan Tatacara Perolehan yang telah diringkaskan untuk tatapan semua pembaca...

TATACARA PEROLEHAN KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH (SI) TERMASUK 
PENGUJIAN MAKMAL SELEPAS TAMAT TEMPOH PERJANJIAN KONSESI IKRAM 
(untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa dari tarikh surat kelulusan Kem. Kewangan iaitu 26-11-2012)

Bil

Tatacara Perolehan
                                                          Had Nilai
Sehingga RM100K   Melebihi RM100K
sehingga RM500K
  Melebihi RM 500K
               
(a) Jenis Perolehan - Secara pusingan atau giliran - Sebutharga - Tender Terbuka
    - Menggunakan Jadual Kadar Harga Penyiasatan Tanah (JKHSI 2012) - Sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor    
               
               
(b) Pendaftaran Kontraktor  - CIDB - CIDB - CIDB
             
             
    - Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam semua Gred (Kategori CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam, Pengkhususan CE12 - Kerja Penyiasatan Tanah - Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam semua Gred (Kategori CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam, Pengkhususan CE12 - Kerja Penyiasatan Tanah  - Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred G3 hingga G7 (Kategori CE - Pembinaan Kejuruteraan Awam, Pengkhususan CE12 - Kerja Penyiasatan Tanah
               
    - atau Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) - atau Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) - atau Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA)
               
    - atau Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Sarawak (UPKJ) - atau Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Sarawak (UPKJ) - atau Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Sarawak (UPKJ)
               
    - dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dalam bidang berkaitan mengikut Zon - dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dalam bidang berkaitan mengikut Zon - dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dalam bidang berkaitan di seluruh negara
               
(c ) Kaedah Pelaksanaan - Giliran dimulakan dengan Kontraktor Gred G1, kemudian G2 dan seterusnya sehingga Gred G7 - Pelawaan dibuat dengan Kontraktor Gred G1 - perolehan bernilai sehingga RM200K dan Gred G2 - perolehan bernilai RM200K sehingga RM500K - Mengikut kaedah tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa
               
    - Kontraktor di Zon terhampir boleh ditawarkan secara pusingan atau giliran sekiranya bilangan kontraktor di Zon berkenaan tidak mencukupi - Kontraktor dengan Gred terhampir dalam Zon berkenaan boleh dipelawa sekiranya bilangan kontraktor Gred G1/G2 tidak mencukupi    
               
        - Kontraktor di Zon terhampir boleh dipelawa sekiranya bilangan kontraktor di Zon berkenaan masih tidak mencukupi    
               

Khamis, 29 Ogos 2013

Lawatan Pemeriksaan Dan Penilaian Akhir Di Sekolah Pedalaman Sabah

Pada Jun 2013, 2 orang pegawai Unit Kontrak Dan Ukur Bahan CPPT iaitu Pn. Nor Sharina Jamal dan   Pn. Norhaslipah Abd Malek telah diberi tanggungjawab oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK),   Sr Md Fauzi Bin Md Rejab untuk mengikuti lawatan dan penilaian akhir bagi projek Sekolah Pedalaman Sabah.. 

Projek Sekolah Pedalaman Sabah (Reka Dan Bina) terdiri daripada 13 buah projek (Zon 1) dan 12 projek (Zon 2) merangkumi daerah Ranau, Keningau, Nabawan, Penampang dan Pitas... 

Lawatan selama 5 hari 4 malam ini memberi 1001 kenangan manis yang sukar diluahkan dengan kata-kata...

SK Buaiyan, Penampang Sabah



    Hujan lebat yang turun sehari sebelum lawatan mempengaruhi jadual perjalanan kamu untuk ke SK Buaiyan... Kami dinasihatkan supaya tidak meneruskan perjalanan kerana keadaan jalan yang tidak berturap, basah dan licin amat berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan yang tidak diingini...

    SK Babalitan, Nabawan 

    Perjalanan selama 5 jam dari Penampang ke Jeti Kg. Salung, Nabawan memang memenatkan..

    Tidak terjangkau akal fikiran kami bagaimana para Cikgu dan penduduk perlu menempuh hutan... tanah runtuh... jalan yang tidak berturap... licin... dan perlu menaiki bot selama 20 minit dengan arus sungai yang deras untuk ke SK Babalitan ini. Walaubagaimanapun, keletihan dan kepenatan sepanjang perjalanan terubat apabila kehadiran kami ke SK Babalitan disambut oleh pihak sekolah dengan senyuman yang sungguh bermakna.. Skop kerja bagi projek di SK Babalitan, Nabawan adalah pembinaan 2 Unit Rumah Guru dan 3 Bilik Darjah

    SK Tarawas, Ranau




    Kami juga telah ke SK Tarawas, Ranau iaitu projek membina 4 Unit Rumah Guru... Pengalaman sepanjang perjalanan cukup bermakna buat kami.. Menaiki kenderaan 4WD, melalui jalan balak.. dan terpaksa meredah arus sungai disebabkan pembinaan jambatan ke kampung berdekatan masih dalam pembinaan... Kehadiran kami disambut oleh pihak sekolah dan lawatan ini diiringi oleh guru-guru yang mesra dan peramah....  

    SK Karagasan, Ranau




    Seterusnya lawatan dan penilaian ke SK Karagasan, Ranau...
    Kehadiran kami disambut oleh guru-guru sekolah berkenaan.. Lokasi projek pembinaan 2 Bilik Darjah dan tandas terletak di luar kawasan sekolah sediada.. Kami perlu berjalan kaki sejauh 1km dari simpang jalan masuk untuk ke tapak projek pembinaan tersebut...

      SK Pinapak, Pitas
      • Untuk ke sekolah ini, kami terpaksa menggunakan jambatan gantung untuk ke SK Pinapak..  







      Hari Terakhir Lawatan sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.. Pegawai Penguasa, Tn. Hj. Abu Hassan mengadakan sesi perbincangan bersama pegawai dan wakil kontraktor.. Beliau memberi ulasan dan pandangan berkaitan dengan setiap projek yang telah dilawati untuk diambil tindakan segera oleh pihak Kontraktor.....





      Banyak lagi gambar nak dimuat turun dalam blog ni.. Namun kekangan masa dan ada tugasan harian yang masih belum disiapkan (nanti KPPK marah.. huhuhu)... Walaubagaimanapun, lawatan ini tetap memberi kenangan manis untuk semua...