Pada Jun 2013, 2 orang pegawai Unit Kontrak Dan Ukur Bahan CPPT iaitu Pn. Nor Sharina Jamal dan Pn. Norhaslipah Abd Malek telah diberi tanggungjawab oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Sr Md Fauzi Bin Md Rejab untuk mengikuti lawatan dan penilaian akhir bagi projek Sekolah Pedalaman Sabah..
Projek Sekolah Pedalaman Sabah (Reka Dan Bina) terdiri daripada 13 buah projek (Zon 1) dan 12 projek (Zon 2) merangkumi daerah Ranau, Keningau, Nabawan, Penampang dan Pitas...
Lawatan selama 5 hari 4 malam ini memberi 1001 kenangan manis yang sukar diluahkan dengan kata-kata...
SK Buaiyan, Penampang Sabah
Hujan lebat yang turun sehari sebelum lawatan mempengaruhi jadual perjalanan kamu untuk ke SK Buaiyan... Kami dinasihatkan supaya tidak meneruskan perjalanan kerana keadaan jalan yang tidak berturap, basah dan licin amat berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan yang tidak diingini...
SK Babalitan, Nabawan
Perjalanan selama 5 jam dari Penampang ke Jeti Kg. Salung, Nabawan memang memenatkan..
SK Tarawas, Ranau
Kami juga telah ke SK Tarawas, Ranau iaitu projek membina 4 Unit Rumah Guru... Pengalaman sepanjang perjalanan cukup bermakna buat kami.. Menaiki kenderaan 4WD, melalui jalan balak.. dan terpaksa meredah arus sungai disebabkan pembinaan jambatan ke kampung berdekatan masih dalam pembinaan... Kehadiran kami disambut oleh pihak sekolah dan lawatan ini diiringi oleh guru-guru yang mesra dan peramah....
SK Karagasan, Ranau
Seterusnya lawatan dan penilaian ke SK Karagasan, Ranau...
Kehadiran kami disambut oleh guru-guru sekolah berkenaan.. Lokasi projek pembinaan 2 Bilik Darjah dan tandas terletak di luar kawasan sekolah sediada.. Kami perlu berjalan kaki sejauh 1km dari simpang jalan masuk untuk ke tapak projek pembinaan tersebut...
SK Pinapak, Pitas
- Untuk ke sekolah ini, kami terpaksa menggunakan jambatan gantung untuk ke SK Pinapak..
Hari Terakhir Lawatan sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.. Pegawai Penguasa, Tn. Hj. Abu Hassan mengadakan sesi perbincangan bersama pegawai dan wakil kontraktor.. Beliau memberi ulasan dan pandangan berkaitan dengan setiap projek yang telah dilawati untuk diambil tindakan segera oleh pihak Kontraktor.....
Banyak lagi gambar nak dimuat turun dalam blog ni.. Namun kekangan masa dan ada tugasan harian yang masih belum disiapkan (nanti KPPK marah.. huhuhu)... Walaubagaimanapun, lawatan ini tetap memberi kenangan manis untuk semua...