Rabu, 8 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Masa lalu adalah kenangan… 
Masa kini adalah kenyataan… 
Masa depan adalah harapan… 


Selamat Tahun Baru 2014… 

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti satu jam, satu jam seperti satu detik. Kita sebagai manusia perlu sekali lagi melakukan muhasabah diri kepada Allah S.W.T tentang amalan ketaatan dan keburukan dosa dan pahala yang kita lakukan untuk dipertingkat amalan kebaikan dan mengurang dengan semaksimumnya amalan kejahatan yang dilakukan. In Shaa Allah...


Kenangan Tahun 2013....



Wakil UKUB iaitu En. Naim dan Cik Ismaliza telah menyertai Kejohanan Bowling CPPT 2013 di Ampang Superbowl pada 21-09-2013.. Tahniah kepada En. Naim dan Cik Ismaliza kerana menjadi Johan acara berkumpulan dan En Naim menjadi Johan Keseluruhan...



Wakil UKUB juga iaitu Pn. Nor Sharina Jamal dan En Lee Seng Soon telah terpilih untuk mewakili Ibu Pejabat JKR KL ke Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2013 di Seremban pada 15 - 17 November 2013 bagi acara Perseorangan Badminton Wanita dan Golf.. Walaupun gagal memenangi acara tersebut, tak pe lain kali cuba lagi... 





TENDER.....

    
Tahniah juga untuk Warga UKUB kerana telah berjaya menyiapkan sebuah Tender - UM Inkubator dalam tempoh yang ditetapkan.. Walaupun pelbagai rintangan dilalui namun semangat berpasukan dan kerjasama semua telah menghasilkan dokumen tender yang berkualiti..


WARGA UNIT KONTRAK DAN UKUR BAHAN (UKUB)

KPPK - Sr MD FAUZI BIN MD REJAB & KPP - PN NORAZIZAH BINTI MODIRAN









Salam Perpisahan.... 


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.
Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi 
kadang-kadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan.
Warga UKUB CPPT mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Md Razip atas khidmat bakti beliau sepanjang bertugas di CPPT.. En. Md. Razip telah berpindah ke Cawangan Kontrak Ukur Bahan (CKUB) pada Okt 2013..
Ribuan terima kasih juga kepada Pn. Yusnita yang telah mendapat 'Pink Form' ke CKUB dan mula bertugas di tempat baru mulai Januari 2014..


Kami Warga UKUB mendoakan kalian "Selamat Maju Jaya".. dan jangan lupa melawat kami di sini.......


TAHUN 2014...



Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu oooo....

WARGA UKUB mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat En. Naim dan isteri.. Semoga berbahagia hingga Jannah.. Amin

1 ulasan:

  1. Tahniah kepada Pn. Sharina yang berjaya membangunkan blog UKUB, CPPT. Semoga usaha gigih ini akan dihargai

    BalasPadam